1.Imam Empat Mazhab & Sumbangan Mereka
Mazhab ialah aliran pemikiran dalam bidang fikah yang dipelopori oleh seorang imam mujtahid berdasarkan kaedah istinbat hukum tertentu.
Empat mazhab yang diiktiraf dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah:
- Imam Abu Hanifah — pengasas mazhab Hanafi, terkenal dengan penggunaan qias dan istihsan, banyak dianuti di Turki, Asia Tengah dan India.
- Imam Malik bin Anas — pengasas mazhab Maliki, mengutamakan amalan penduduk Madinah, menghasilkan kitab al-Muwatta'.
- Imam asy-Syafie — pengasas mazhab Syafie, menyusun ilmu usul fiqh secara sistematik dalam kitab ar-Risalah, dan mazhabnya menjadi pegangan rasmi di Malaysia.
- Imam Ahmad bin Hanbal — pengasas mazhab Hanbali, sangat berpegang kepada hadis, menghasilkan kitab al-Musnad.
Persamaan mereka: berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah, berakhlak mulia, tekun menuntut ilmu sejak kecil, dan saling menghormati pandangan satu sama lain.
Pengajaran: perbezaan pendapat dalam masalah furuk (cabang) adalah rahmat, bukan sebab untuk berpecah. Umat Islam perlu menghormati mazhab lain dan mengelakkan sikap taasub yang melampau.