1.Jarak Antara Dua Titik
Jarak antara dua titik pada satah Cartes, A(x1, y1) dan B(x2, y2), dikira menggunakan Teorem Pythagoras.
- Beza dalam koordinat-x dan koordinat-y digunakan sebagai dua sisi tegak segitiga.
- Garis AB menjadi hipotenus segitiga tegak itu.
Contoh 1Cari jarak antara titik A(1, 2) dan B(4, 6).Lihat jalan kerjaTutup
AB = √[(4−1)² + (6−2)²] = √[3² + 4²] = √[9 + 16] = √25 = 5 unit.
Contoh 2Cari jarak antara titik P(0, 0) dan Q(6, 8).Lihat jalan kerjaTutup
PQ = √[(6−0)² + (8−0)²] = √[36 + 64] = √100 = 10 unit.
2.Titik Tengah Antara Dua Titik
Titik tengah antara dua titik A(x1, y1) dan B(x2, y2) ialah titik yang berada tepat di tengah-tengah garis AB.
- Ia dikira sebagai purata bagi koordinat-x kedua-dua titik.
- Dan purata bagi koordinat-y kedua-dua titik.
Contoh 1Cari titik tengah antara A(2, 3) dan B(6, 7).Lihat jalan kerjaTutup
Titik tengah = ((2+6)/2, (3+7)/2) = (8/2, 10/2) = (4, 5).
Contoh 2Cari titik tengah antara P(−2, 5) dan Q(4, −1).Lihat jalan kerjaTutup
Titik tengah = ((−2+4)/2, (5+(−1))/2) = (2/2, 4/2) = (1, 2).